Pengalaman Di Tahun 2011

Assalamualaikum..

Salam sejahtera untuk semua sahabat yang saya kasihi. Adoi permulaan dah macam surat untuk kekasih je.Selamat Tahun Baru untuk kawan-kawan semua baik yang mengenali diri saya ini..Melangkah lagi ke satu tahun. Dah 24 tahun saya rupanya, macam dah tua la. 

Saya ada blog dari 2010 lagi tetapi saya tak tahu apa dan bagaimana untuk update blog,edit blog, traffic. Semua lah. Awal tahun saya menceburi dan aktif pada awal tahun. Biasalah blogger baru mesti nak follower ramai kan? Habis saya mintak semua follow saya masa itu. Tetapi pada 7 April 2011 saya nekad nak buat blog baru. 

Pada tahun 2011 juga saya berjaya memakai tudung dan delete semua gambar free hair saya di Facebook, My Space.


Ada lesen kereta di entry menangis di Tamparan Hebat kerana gagal pada mulanya tetapi berjaya jua akhirnya.


Banyak kenangan pada tahun 2011 ni seperti berjaya kenal dengan blogger lain dengan wujudnya blog ini. Abang Ben Ashaari Follow Blog Ini , Abang Kamal Adli Follow Blog Ini pada awal-awal saya menceburi dunia blog dan kawan-kawan semua yang sudi follow blog ini.





Selain dapat kawan-kawan saya juga dapat buat duit dari Says , Churp Churp & Pakcik Nuffnang yang paling saya sayang ketat-ketat(Pujuk Pakcik sebab nak mintak BE 2012)


bukti cek yang sudah clear..:)

Dengan duit itu semua saya beli DSLR, Anak-anak (Sugar Glider




Selain dari itu juga saya tidak lagi single pada tahun 2011 kerana pada bulan September 2011 saya mengenali En.Boyfie dan beliau ada membuat entry tentang kami di Cerita Pendek Tentang Cinta #1. Even Hubungan ini masih baru dan belum kukuh dan masih belum terikat. Semoga Allah memberkati perhubungan kami dan panjangkan jodoh kami hingga ke jinjang pelamin. Semoga Allah mempekenankan En.Boyfie menjadi tulang rusuk saya dan menjadi imam saya. Amin Amin Amin..


Ya Allah, percepatkanlah jodoh kami . Amin Amin Amin. * Gatal lah pulak *

Pada 29 Disember 2011 saya berjaya bertukar domain dari miss-nadya.blogspot.com kepada nor.nadiah.com kerana saya lagi selesa menggunakan nama sebenar dan menunjukkan saya serius ber blog.


header dahulu


header sekarang dari En.Boyfie

7 Comments

Sayang Saya

Love