Harus ke tidak bunuh anjing liar?

Assalamualaikum peeps!

Makan tengahari sudah? Nad dah siap makan lepas meeting tadi. Makanan FOC(Free Of Charge) dari Emy & Syam

Sekarang ni stop pasal tu, Nad nak cerita pasal anjing berkeliaran yang ada di Bandar Bera,Pahang ni. Siap masuk dalam kawasan Kompleks Rakan Muda Bera tak tahan tu. Ayah Nad kan kerja Security kat tempat keje Nad ni. Tadi ayah Nad ada tangkap anjing tu dan dia dah bunuh 1 ekor dari anjing liar tu. 

Reaksi Nad??Ya Allah siannya anjing tu,kenapa abah kejam?

Kak Jijah dari Sinar Harian ambil gambar sebab nak masukkan dalam paper hari esok, nak amik gambar dari Kak Jijah tapi dia tak bagi sebab nanti tak ekslusif lah nanti.
ok fine ! -. .-

Terus Nad dapatkan bantuan dari pak sedara (google) search Hukum Bunuh Anjing Liar 


Hukum Membunuh Anjing.

Menurut Syeikh ‘Atiyyah Saqar, bekas pengerusi Majlis Fatwa Universiti al-Azhar, berdasarkan beberapa hadith yang sahih merujuk kepada arahan nabi kepada para sahabat membunuh anjing dan membiarkannya pada hadith yang lain, hukum membunuh anjing boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Tidak boleh membunuh anjing yang telah terlatih untuk tujuan-tujuan yang dibenarkan manusia memeliharanya seperti keselamatan, penternakan, jurupandu dan lain-lain.
2. Adapun anjing yang tiada manfaatnya, sekiranya ianya berbahaya seperti buas mengancam kanak-kanak atau manusia umumnya, atau membawa penyakit dan kekotoran, atau menganggu kejiranan dan lain-lain, maka diharuskan untuk membunuhnya untuk tujuan kawalan.
3. Adapun anjing yang tiada manfaat dan tidak pula membawa mudarat, maka ulamak berselisih pendapat sama ada dibolehkan atau diharamkan membunuhnya.


Kalau anjing liar macam ni dan mendatangkan masalah. Hukumannya BUNUH!

gambar sekadar hiasan yang di cari hasil gunaan uncle google ^^


Anjing terlatih tujuannya untuk keselamatan, penternakan, jurupandu dan lain-lain..Tidak boleh DI BUNUH

gambar sekadar hiasan yang di cari hasil gunaan uncle google ^^



Hahaha..kalau anjing comel macam anjing putih tu,kasi Nad RM1,000 pon masih belum tentu boleh di bunuh..:)

Jadi,tak salah lah abah Nad bunuh anjing liar tu. Tapi kesian jugak..hish..demm! -. .-

Kak Jijah Sinar Harian kata,kau ni dah macam pemberita pulak siap google lepas tu masuk dalam blog.

Eh,mestilah.. -. .-

Category:
Info & Islam

Blogger pilihan entry hari ini ::

Photobucket

Dapatkan tudung,hijab,awning ,shawl yang murah serta cantik dan harga yang sangar berpatutan..Click banner for more info..:) 


Nak masuk blogger pilihan entry jugak??
Boleh tengok entry di Sini


16 Comments

Sayang Saya

Love