Day 09 - A Picture Of The Person Who Has Gotten You Through The Most.
Gambar orang yang paling banyak membantu anda.
Gambar sekadar hiasan je tu.
Yang terbaring tu Mak Nadia.
Ni Abah Nadia
Mak & Abah la yang paling banyak membantu dalam membesarkan anak-anak.
Tak jemu melayan kerenah anak-anak Nadia.
Kalau Darin tak ada lah banyak kerenahnya.
Kalau Adik Hazim tu cemas sokmo nak meredakannya. Kesian abah Nadia dan selalu sabar dan tak pernah rasa bosan. Ikutkan je apa yang anak-anak Nadia nak. Apa saja kemahuan anak-anak Nadia tak pernah di hampakan. Semua di turutkan.
Ya Aĺlah, rasa bersyukur sangat sebab jaga kesihatan mereka ketika Nadia tiada di sisi mereka.
Terkadang terasa sedih dan sayu juga bila Nadia tak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan ibu.
Nak berdiri pon Nadia rasa tak kuat. Tapi Nadia gigih Mampu untuk menjadi Penjana bagi menjaga Amanah dari Allah.
Cahaya Kebaikan Bunga.
Nor Husniyah Darin.
Ceria, Tidak menentu, Mesra, Moden, Bernasib Baik.
Tegas, cermat, bijak, teliti.
Yang Cerdik.
Muhammad Hazim Dahin.
Terima Kasih Sudi Baca,
With Love,
Tips Untuk Memberi Dalam Erti Kata Lain iaitu Sedekah.
Setiap pemberian tu beserta dengan Niat. Tetapi setiap pemberian yang Nadia bagi ada masa di salah anggap atau di salah tafsirkan.
Tapi benda tu bukan satu isu yang besar sebabnya Nadia tak mampu tukarkan cara pemikiran semua orang.
Corak pemikiran daya kritis tak boleh sama dengan corak daya pemikiran rendah. Tapi Nadia rasakan itu unik kerana orang yang unik ni lebih asli dan mudah di fahami.
Cara Nadia berkira-kira untuk pembelanjaan lagi unik. 😅
Kenapa Nadia mudah isi minyak menggunakan perkiraan liter? Sebab setiap kali penggunaan kenderaan mengikut kilometer,jadi duit pembelanjaan mudah dikira. ☺️
Tapi kenapa boleh jadi sedekah?
Kalau Nadia isi minyak motor 1 liter = RM2.05 tapi Nadia bagi duit RM5.10. Dia pulang kan RM3 jadi Nadia dapat bersedekah walaupun jumlahnya RM0.05.
Tapi kalau Nadia isi minyak motor 2 liter pula = RM4.10. Bila Nadia bayar RM5, Nadia dapat balance RM1.
Ada in dan out. Input dan Output untuk setiap titik. Dalam bahasa lainnya, bajet tak lari lebih. Ada duit untuk simpan dan ada duit untuk di joli untuk beli barang perempuan yang remeh-temeh.
Senyum itu juga sedekah. Kurangkan gula dalam minuman,lebihkan senyum dalam minuman.
Semoga ada rezeki Nadia di Wonderfly. Amin.
Terima kasih sudi baca,
With Love,
Nor Husniyah Darin (Cahaya Kebaikan Bunga)
Alhamdulillah, selamat hari ulang tahun yang ke-7 buat anak mama yang tercina lagi tersayang.
Bunga Darin Nadia dah berusia 7 tahun. Nadia rasa bersyukur ke hadrat Illahi. Teringat juga detik-detik ketika mahu melahirkan Nor Husniyah Darin ke dunia ni.
Nadia masuk wad biasa dulu sebelum di masukkan ke dalam wad dewan bersalin.
Buat pertama kali merasa pengalaman untuk bersalin. Nadia tak dapat tidur sebab terasa lapar.
Nadia pon buat 1 panggilan peribadi ke nombor talifon mak minta nasi goreng kampung + telur mata kerbau.
Dah siap makan baru la dapat tidur tapi tak lena.
Dalam pukul 2 pagi, tiba-tiba Nadia rasa katil Nadia basah macam terkencing. Nadia pon terus panggil nurse lepas tu Nadia cakap la tilam dah basah, terkencing atas katil.
Nurse tu tersenyum lepas tu dia cakap dengan Nadia yang tu bukan air kencing tapi air ketuban yang dah pecah.
Dah tiba masa untuk melahirkan anak.
Nadia pon cakap tapi saya tak sakit pun lagi. Nurse tu suru Nadia standby baju,masuk Labour Room.
Dalam pukul 6.20 pagloi Nadia selamat melahirkan Nor Husniyah Darin dengan jayanya. Nadia pon terus hantar mesej kat mak Nadia dapat anak perempuan.
Kun Fa Ya Kun (Maka, Jadilah) seketul Nor Husniyah Darin (Cahaya Kebaikan Bunga)
Terima kasih sudi baca,
With love,
Day 08 - A picture of your most treasured item
Gambar barang paling berharga yang Nadia ada? Nadia rasa macam dah hampir tak ada.
Prazer em conhecê-lo. ( Nice To Meet You)
Rantai leher KI8WG yang paling halus Nadia dapat dan masih bersinar sampai sekarang.
Harga dia biarlah rahsia. Nadia cuma rasa hairan bila orang ganas macam Nadia ni boleh pakai.
Sebab Nadia ni Simple orangnya. Simple, Dimple Pop It Squeeze. (Mudah, Lesung Pipit kecik Di Bibir.)
Terima kasih sudi baca,
With love,
Hope All Can Keep Smile
(Harap Semua Boleh Senyum)
HACKS On.
Sambil menaip, Sambil mendengar. Itu dah menjadi satu hobi yang Nadia suka. Sebab itu Nadia mampu tersenyum hingga kini.
Nadia belum dapat memenuhi masa untuk blogging tetapi jiwa masih di sini untuk sentiasa Nadia kongsikan kepada readers (Pembaca)
 |
| Gambar : Mobile Legend Bang Bang |
 |
| Gambar : Mobile Legend Bang Bang |
Tapi masih ada lagi yang sudi melawat di sini. Syukur Alhamdulillah, tak tergambar perasaan gembiranya Nadia.
 |
| Muhammad Hazim Dahin |
 |
| Selamat Hari OKU 2021 |
Sebab itu bila Nadia mula menulis,ketekunan dirasai. Tetapi Nadia mudah merasainya apabila di luahkan melalui blog ni.
Sebab itu Nadia sering buat. Murah Senyuman. Tidak kira samada Nadia kenal secara langsung atau tak. Nadia seorang yang becok tapi apabila Nadia mula bekerja, Nadia kurang becok sikit sebab lebih fokus kepada kerja.
Nadia tak boleh bekerja atau melakukan sesuatu kerja jika terpaksa. Keihklasan itu dapat dirasai secara langsung.
Terima kasih sudi baca,
With love,