Friends of Miss Nadya

04 September 2011

pemergian wartawan malaysia di somalia

sumber utusan online

Assalamualaikum...

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia


Salam 1 Malaysia..Salam 1 Blogger..seperti sedia maklum...pemergian arwah amat dirasai oleh raykat Malaysia..nad pon menangis sebab terasa permergian beliau..marilah kita semua sedekahkan Al-Fatihah buat beliau..Semoga rohnya di cucuri rahmat..Amin...

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.
Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.
"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.
Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.
Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.
Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.
Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.
"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.
Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.
Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.
Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Sumber (Bernama)

Al-Fatihah...






8 comments:

farahin nasir said...

al fatihah..
semoga keluarga arwah tabah.. :'(

faridah nazurah said...

tadi baru je tengok jenazah arwah dah sampai kat malaysia,, tapi dlm tv je.

jom kita ramai2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman..

Takziah jugak kepada keluarga arwah.

maszull said...

salam nadya...sedihkan bila dengar berita ini...

semoga arwah di tempatkn di dlm golongan org2 yg beriman...Amin..:(

Abhamz said...

salam, semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi...

Anak Ulu Cheka said...

Al Fatihah
moga rohnya dikalangan org yg beriman

ieyza afieyna said...

Al-fatihah buat beliau..
semoga roh nye dicucuri rahmat.. Amin..

BaTu^NiSaN said...

http://eksenkamen.blogspot.com/2011/09/dah-3-rakyat-kita-syahid-di-somalia.html.

ain dzaya said...

semoga arwah dicucuri rahmat =)..amin..