Kerana Kucing

Assalamualaikum..


Nad, Nuyui & Ieyza pencinta kucing jugak..

Bukak je blog terkujat tengok Dashboard sebab si Baiz ni buat entry Lagi Pembunuhan Kejam Terhadap Kucing

video tu dah kene buang tapi nad sempat tengok video tu. Tahu tak apa nad rasa. Sedih sangat-sangat sebab tengok orang kejam macam tu. Rasa nak tembak je guna Senapang gajah.

Lepas tu tengok entry Namee Kucing Curi Ikan Kena Potong Kaki. Nama kucing tu Hero. Kisah Hero ni pernah di siarkan kat TV3 dalam berita .
 
Masa nad tengok pasal Hero ni kat TV3 tu, dah lah nad kat kedai lepas tu menitik air mata nad sebab Hero tu amat sayang kat tuan yang jaga dia sekarang. Tengok,kucing tu tahu yang tuan dia pernah jaga dia saat dia sakit. Terharu nad tengok. Rezeki yang Papa Hero dapat beliau kongsikan dengan anak-anak kucing mereka.
Kita ni manusia macam tak boleh nak fikir je dah kucing tu bukan lah boleh bercakap nak mintak-mintak makanan tu kan??
Ni Video Hero masa tahun 2005..

Ni Blog Papa Hero,siapa yang ada kucing boleh tengok blog tu sebab Papa Hero tu rajin pergi klinik haiwan bila kucing-kucing dia sakit. Dan kita boleh lah belajar merawat kucing sikit-sikit

Dan nad ada follow kawan sorang ni yang berkaitan dengan kucing. Korang boleh like Page KaMi PeNcInTa KuCiNg dan add Facebook Pusat Jagaan Kucing(Omiey Home) dan Page beliau Kami Peminat Kucing

Dulu,nad ada kawan di mana dia suka jaga kucing terbiar sehingga rumah dia penuh dengan kucing. Sampai satu masa dia kene pergi keje rajin outstation dan tak dapat nak meluangkan masa bersama dengan kucing tu. Dia pon message kat nad. "Weyh,kucing kat umah aku dah banyak. Nak buang sayang. Ko tau tak mana-mana agensi yang nak amik kucing ni?" . Nad pon bagi lah nombo fon Pusat Jagaan Kucing tu kat dia. Alhamdulillah sekarang kucing tu semua dah ada tuan kowt sebab Pusat Jagaag Kucing tu ada buat Free Adoption kat Uptown Danau Kota.

Pesanan dari Pusat Jagaan Kucing :: Sepanjang bulan Novenber ini kami akan menjalankan kutipan derma RM10 shj seorg. 
Dana ini akan digunakan utk ::
kucing2 serahan & terbiar di PJK
membantu rescuer2 utk kos perubatan
membantu rescuer2 utk kos makanan
membantu rakan2 FB yg lain yg memerlukan bantuan kewangan utk kucing2 yg anda selamatkan
Jika sudi, jika ingin membantu, jika ihklas & sudi membantu boleh bank in: 
Cimb Omiey Home - 12860001086059

 nota mulut :: entry panjang gile kan??sebab nad tengah menangis semata-mata nak cerita pasal kicng..T_T

16 Comments

Sayang Saya

Love