Gatal Dan Manja
Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua. Semua sihat?? rindunye nak blogwalking. Kejap lagi nak blogwalking lagi. Sebenarnya nad tak beberapa sihat beberapa hari lalu kerana nad kene alahan dan menyebabkan badan nad gatal-gatal. Hari sabtu yang lepas nad nekad pergi Klinik Rakyat(swasta) je dekat kerayong tu.
Doktor tu bagi injection dekat bahu kiri nad, masa tu nad rasa lenguh je tangan kiri. Sampai nak bawa kereta pon dah tak larat. Tapi nad gigih juga bawa kereta tu sampai rumah.
Malam tu pula nad teman sepupu nad pergi rumah kawan nad sebab hari ahad tu dia nak bertunang. Nad tolong tengok je lah, nak tolong dah tak larat sebab tangan kiri masih berdenyut-denyut sakit.
Selamat bertunang adeq mira..^_*
Keesokannya pula nad ingat tangan kiri nad dah baik tapi makin teruk, lebam dan masih lenguh. Terpaksa excuse dekat bos tak dapat pergi kerja awal.
Gatal-gatal kat badan tak kurang lagi. Insyaallah tak lama lagi sihat lah.
Tengahari semalam nad tengok kawan nad tunang sekejap. Lepas tu nad balik je rumah mak nad sekeluarga dah tak ada kat rumah. Nad message dekat mak, rupanya dia dah pergi Temerloh hantar mak sedara nad nak pergi K.L.
Kunci rumah dia bawak dan dia tak tinggal pon dekat rumah tu. Nad tinggal lah rumah sepupu nad Along
Petang tu nad tak pergi kerja. Macam-macam nad fikir. Macam mana kalau bos marah ye. Lepas nad call mak, nad menjerit macam orang gila lepas tu menangis kat rumah mak sedara nad. Along dah pujuk nad sebab nad menangis macam budak kecik. Along tahu kenapa nad nangis sebab nad tak dapat nak luahkan kemarahan nad dalam dada tu yang nad menangis macam tu.
Nad panggil mak Along tu mak je, Mak pon pujuk nad lah. Tak lama tu abah Along balik. Dia pon pelik lah tengok nad nangis. Hah, ni kenapa pulak ni. Along sambil gelak sikit-sikit cakap nad menangis sebab kene tinggal dengan Mak Long(mak nad lah).
Masa tu En.Boyfie Along ni pon ada kat rumah Along. Malu jugak lah nad sebab nad menangis macam budak kecik. Lepas tu terus dia kata nad anak manja..
Tajuk entry gatal dan manja sebab Nad kene penyakit alahan dan menyebabkan badan gatal-gatal. Manja kerana nad memang anak manja. Cengengeng(mudah menangis).
12 Comments