Isnin Yang Sibuk

gambar hasil carian di google

Assalamualaikum..

Penat tak hilang hari ni sebab semalam asyik drive je. Rasa nak tercabut otot dan sendi-sendi semua ni. Pagi tadi pula nad hilang ingatan bila mak ketuk pintu bilik dan masuk kejut nad.

mak :: nadiah!! ko tak pergi kerja ke? dah pukul 9 dah lah.
nad :: hah? sambil buat muka toya. hari ni hari apa mak?
mak :: selasa,ish ko ni hari pon lupa?
nad :: tak banyak cakap terus pergi berenang mandi nak pergi kerja..:p

Story About Yesterday..^_^


12.00 :: Pergi keluar dengan mak sebab abah kerja siang.
12.30 :: Sampai lepas tu pergi bank keluar kan duit. Pergi Vern's Triang beli kasut kerja sebab kasut kerja dah compang camping. Nak pakai high heel lama-lama kat ofis memang tak tahan lah kan jadi terpaksa cari yang biasa sahaja. Lepas tu tetiba mak berkenan satu kasut tu. Nad tengok mak pakai. Nad pon cakap lah kat mak. "Mak nak ke? pilih lah satu nadiah belanja." Mak dah tersenyum lebar."betul ke ni?boleh lah mak pakai masa kenduri kat rumah tokcik nanti."

Lepas tu dah tak ingat masa dah pukul berapa sebab teman mak pergi pasar beli barang, nad duduk dalam kereta je. Hehehe..
Dah siap beli barang semua mak nak balik rumah dah. Hantar mak balik rumah lepas tu keluar balik pergi hantar sepupu nad si Along ke Temerloh sebab dia nak pergi ke Kuantan. Dia dapat tiket pukul 9.30 malam.

Tiba-tiba masa nad kat kereta, nad nampak anak kucing dan ibu kucing di bawah kereta sebelah kereta nad. Nad menangis tengok anak kucing tu tapi dalam masa yang sama nad tak boleh buat apa-apa. Nad terus pergi ke Restoran Kedai Kak Yah tu nak minum-minum. Tapi,tangisan anak kucing tu terngiang-ngiang kat telinga nad. Nad dah menangis kat kedai tu,sepupu nad dah pujuk nad dan menawarkan diri nak pergi tengok anak kucing tu. Sepupu nad bagitahu yang anak kucing tu dengan mak dia dah tak de kat bawah kereta tu.

 Nad dah risau fikir mana lah perginya anak kucing tu. Masa nad nak balik ke rumah dalam pukul 9 malam nad dengar mak kucing tu mengiau cari anak dia. Nad dah tak boleh duduk diam dalam kereta. Nad keluar balik nad tengok ye betul mak kucing tadi cari anak dia. Nad pergi kat mak kucing tu. Sayu hati nad tapi nad kene balik jugak sebab dah lambat. Pukul berapa nak sampai rumah. Dah lah drive sorang-sorang.

Mana anak dia??? ada orang ambik atau dah mati??

Persoalan dalam kelapa otak berligar-ligar sampai nad terkena maigrain malam semalam. Tapi nad gigih drive sampai Bandar Kerayong lepas tu ambik sepupu nad yang kat rumah kawan dia sebab nak tumpang balik ke Triang 01. Nad pergi Petronas kejap,pergi cuci muka dengan basuh kepala. 

Suruh sepupu nad yang lelaki ni bawak kereta dia tak nak. Teruk sungguh, dah lah nad sakit kepala teramat sangat. Nad sempat beli ubat Sakit Kepala kat Seven Eleven Kerayong tu sebab beli ubat.

Sampai rumah dalam pukul 10.30 malam. Anak-anak nad dah kelaparan, nad pergi potong buah-buahan. Lepas tu cium mereka sikit-sikit lepas tu tidur. Sebab tu dapat skrip kat atas tu.^_^


Gambar semasa anak-anak sibuk merayap kat nad..^_*

8 Comments

Sayang Saya

Love