Tido Diganggu Kerana Anak Ular
Assalamualaikum..
Ni entry semalam tapi entry tu tiada jalan cerita. Cuma ada tajuk je. Terpaksa ulang semula cerita tu.
Sebenarnya malam semalam nad tido awal dalam pukul 8.40 malam lebih kurang la. Mata mengantuk sangat.
Tiba-tiba dalam pukul 10.30 mak kejut sambil menjerit. Nadiah !!ada ular masuk ni.
Nad dengan muka sepuluh sen keluar dari bilik lepas tu baring sambil tengok tempat mak suluh anak ular kat bawah sofa. Nad diam je sebab kepala otak masa tu blur macam orang gila. Mak dah bising suruh nad fikir macam mana nak buat. Nad senang je, sambung tido sekejap atas mosaic tu. Terlelap kejap je dah dapat mimpi. Mimpi apa tak ingat.
Bila dah trjaga tu trus nad kata, anak ular ni betul-betul menguji kesabaran aku lah. Sebab ko lah aku tertido atas mosaic. Sejuk!! Siap kau..
Nad bangun macam orang gila terus nad ambil spray sembur dekat anak ular bawah sofa tu. Nad tarik sofa dan meja ketepi. Eh,tak mati lagi kau ni rupanya. Ular tu macam nak lari, nad terik guna spray tu lepas tu letak spray atas anak ular macam dalam gambar di atas tu.
Lama jugak anak ular tu macam tu. Nad dah terdiam sambil duduk balik atas sofa. Apa nak buat kat anak ular ni tak tahu lah. Nad ingat nak bunuh je tapi kat luar hujan. Rasanya tak boleh bunuh. Nad tengok anak ular tu dah bergerak-gerak. Eeee...naik bulu roma nad tengok anak ular tu.
Lama jugak asyik fikir je. Mak dah ada idea,dia kata campak anak ular tu dalam jamban. Nad ikut je lah rancangan tak bernas mak tu. Rasanya dah setle kot anak ular tu. Terus nad masuk bilik sambung tido.
Abah nad memang tiada di rumah masa tu sebab kerja malam. Nad je la tempat mengadu apa-apa masalah-masalah sebegitu. Nad pulak jenis tak takut benda macam tu. Nad pernah bunuh lipan dalam pukul 3 pagi masa nad nak pergi buang air kecil. Nad ambil lipan tu guna pemegang arang. Selamba je nad keluar time macam tu sebab nak bunuh lipan tu. Hancur jugak lah lipan tu nad kerjakan.
Ieyza :: Sebenarnya akak dah hantar entry tu tapi tak keluar pulak.
Cikgu Hensem :: Bahaya ke anak ular tu??nad tak tahu pulak..:)
6 Comments