Salam Maulidur Rasul 1433H

Assalamualaikum peeps!

Pertama sekali sekarang Nad tak dapat nak join semua contest dari Geng Fiq'Ra lagi. Apatah lagi nak update blog macam roket. Sebab line dah macam siput sedut ni. Siput sedut pon tak macam broadband nad sekarang..:D

Nak Skyping dengan Geng Fiq'Ra pun tak lepas asyik online offline je. Cis Kek betul..demm!

Alhamdulillah semalam Follower Nad dah mencapai 3000. Nad tak lah bangga tapi Nad nak ucapkan terima kasih untuk semua sahabat-sahabat diluar sana yang sudi klik button Follower tu dan rajin baca entry ngarut Nad..:)

gambar pinjam dari www.the-faceblog.com

gambar pinjam dari pakcik google..:)


Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.
2. Sesungguhnya, baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Seterusnya semua entry di sini :: Perutusan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah

Category ::
Islamic

Blogger pilihan entry hari ini ::



Adik Abby tomel Nad..Click Banner for more info..:)


Nak masuk blogger pilihan entry jugak??
Boleh tengok entry di Sini

3 Comments

Sayang Saya

Love