Siti Khadijah

Assalamualaikum sahabat 🤠


Sedang kak nad siap bancuh susu Darin & Hazim kak nad teringat kat budak Thailand ni. 

Sambil pegang roti, menaip blog 😁

👭
Kak nad + Siti Khadijah


Apa la dia tengah but sekarang ?Dia ingat kak nad macam kak nad ingat dia tak ?


Tak apalah ,ada jodoh kak nad boleh jumpa dengan dia .

😊

Kak nad kenal dia tahun lepas, masa tu dia baru dua bulan peluk Islam . 😍 Ilmu tentang Islam zero. Dia ni seorang yang hyperactive lepas tu dia tinggal sebilik dengan kak nad .


Dia ni kecik je orang dia ,ada anak seramai 4 orang . 🤗



Tapi masa mula-mula kenal tu degil betul .Tak nak langsung dengar cakap orang . 😑


Lepas tu stay dengan kak nad tapi buat kepala jugak .😏


Kak nad senang je ,kalau tak nak dengar cakap .Jauh sikit ,jangan stay dengan kak nad . 😅

Biar pon orang tengok kak nad diam. Sampai ada yang gelar kak nad diam-diam ubi berisi. 😇


Alhamdulillah, lepas bagi nasihat slow-slow dia mula dengar .Tapi dia ada satu sifat, iaitu rajin belajar. 😘


Kak nad ni tak pernah ada pengalaman pon nak jadi cikgu apa tah lagi nak jadi ustazah . ☺


Kak nad ajar ayat dari Surah Al-Anbiya ayat 87:

"LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINNAZZALIMI"
Bermaksud : Ya Allah tiada tuhan selain engkau ,Maha Suci Engkau . Sungguh aku termasuk dari orang-orang yang zalim"


tapi dalam tune lagu . 3 kali ajar, dia terus ingat. 


Tapi setiap kali kak nad solat dia nak ikut ,nak belajar. Tapi kak nad la kena jadi imam 🙂


Lepas tu dia ni tak pandai mengaji, dengar je kak nad mengaji. Himpit kat tepi kak nad macam budak kecik . Lepas tu kak nad ajak dia puasa. 🤗


Laju je dia nak puasa 🙂


Mula-mula tu kak nad risau jugak nak ajak saudara baru ni puasa sebabnya takut dia ni tak tahan lapar. 😁


Tapi Alhamdulillah dia ni ada semangat yang kuat dan tahan puasa sampai rasa seronok sangat dapat puasa ☺


Part paling best masa dia suka dengan nama Siti Khadijah . Kawan kak nad bercerita mengenai Siti Khadijah. 😘

Kak nad pernah bertanya kat dia ,kenapa dia masuk Islam ? Dia pon cakap dia ni dulu seorang penakut . 😥 Mana-mana je rasa macam ada hantu kat tepi dia. Last dia pergi Masjid Sultan Ahmad Shah, dia rasa tenang sangat . Rasa macam happy bila dengar azan dan terus masuk Islam.😊


Ya Allah ,hebatNya kuasa mu membolak hati insan ni. Kak nad rasa masa tu kak nad la paling hina dan tak layak untuk kenal dan mengajar dia. 😭


Dia terus cakap , masa tu ustaz bagi nama dia Siti Aisyah . Dia rasa macam tak suka nama tu sebab Dia nak nama Islam dia Siti Khadijah sebab dia nak jadi sekuat Siti Khadijah.


Kak nad tersenyum dan ada rasa sedih sikit bila teringat dekat dia ni. Kak nad ada nasihat dia bila dia balik jumpa anak-anak dia. Jangan hina diorang walaupon diorang bukan Islam.


Dia pon peluk kak nad sambil nangis ,dia akan ingat nasihat tu .



Sekian cerita bebelan kak nad. Panjang jugak entry ni. Semoga dia selalu akan belajar mengenai Islam ni tak kira di mana dia berada. 


Dalam kepala otak ni ,nak cari dia tapi tak jumpa sebab tak tahu nama Facebook dan apa-apa pon pasal dia .


Ya Allah , ampunilah dosa ku Ya Allah,😭 Hanya kepadamu aku curahkan kesedihan ku ini .Terima kasih Ya Allah yang  Maha Penyayang di atas nikmat yang telah kau beri sebagai pengalaman yang paling berharga hingga tiada tandinginya. Hinanya rasa diri ini hingga aku kufur di atas nikmat yang telah kau beri Ya Allah .😭

0 Comments

Sayang Saya

Love