Lizzard Brain

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love




Sebabkan mood swing terumbang ambing. Baik Nadya update blog yang hampir usang ni ye.



Pernah dengar Lizzard Brain tak? Lizzard Brain ni maksudnya pemikiran cetek. Pemikiran yang tidak berkembang. Macam katak bawah tempurung tu la. Asyik nak marah sahaja, asyik tak puas hati je. Rasa macam nak pergi tumbuk je kawan Nadya ni. Eh suka-suka cakap Nadya Lizzard Brain. Tapi Nadya tak amik hati pon. Bese lah kawan lelaki mana nak jaga hati perempuan ni. Lagipun Nadya jugak yang minta pendapat dan bantuan. 


Tapi Nadya masih boleh pertimbangkannya semula. Sebab itu bukan mudah Nadya membuat keputusan untuk memecat pekerja bawahan Nadya. Kadang nampak semudah ABC tapi Nadya masih fikir jangka masa panjang untuk pekerja bawahan Nadya.


Kadang Nadya tertanya kenapa la bos Nadya ni bagi Nadya jawatan tinggi sampai semua keputusan harus dari pelepasan Nadya. Selagi tak dapat pelepasan, tidak akan ada sebarang pindaan atau gangguan malah khabar angin sekalipun. 


Alhamdulillah selalu mendapat kepercayaan bagi jawatan ini.


Terima Kasih Sudi Baca,

Welcome With Love,





0 Comments

Sayang Saya

Love