Top 60 Malaysia Lifestyle Blogs

TOP 60 MALAYSIA LIFESTYLE BLOGS



Featuring Miss Nadya in Feedspot's Top Malaysia Lifestyle Blogs post.







Terima Kasih Nad ucapkan terutamanya kepada Anuj Agarwal (Founder , Feedspot) sebab telah Menampilkan Miss Nadya dalam catatan Blog Gaya Hidup Malaysia Teratas Feedspot.






Gambar pon masih gambar lama. Nad tak sempat nak kemaskini gambar profile. Tapi tak apa la, selagi gambar Nad tu masih menutup aurat. Nad okay je.





Sekarang da ada logo baru untuk Blog Nad. Tapi macam nak kene edit je. Nad tengok macam biasa je. Tapi tetap menghargai. Sebab penilaian kali pertama ni mungkin tersalah pandang.










Oleh kerana di mata pandangan Nad nampak cantik sangat, jadi Nad pon terus buat background wallpaper laptop.


Nad rasa macam nak order lagi satu tapi tema pon tak fikir lagi. Nad tak tahu macam mana.
Tapi tu la masalahnya bila perlukan pemikiran kritis ni, memerlukan masa. 



Sambil tu Nad nak selitkan satu helain Nad baca untuk di kongsikan buat semua. Semoga mendapat manfaat untuk Nad di sana nanti. 



365 TIP DIDIK ANAK REMAJA GAYA RASULLULLAH dari USTAZAH ISFADIAH MOHD DASUKI.


BAHAGIAN 1 - MENGENALI FITRAH REMAJA

MENYATUKAN DUA KEKUATAN

💟Orang muda dikenali dengan semangat, idea yang banyak, dan kekuatan tenaga, Manakala, orang tua pula terkenal dengan pengalaman dan pengetahuan perihal asam garam kehidupan. Penyatuan kedua-dua tenaga ini mampu mencorakkan satu pencapaian yang hebat.


DALIL

💟Barang siapa yang tidak menyayangi anak-anak kami dan tidak mengakui hak-hak orang tua, maka dia tidak termasuk golongan kami.

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

JOM AMAL

TIP 1 : Kongsikan dengn mereka ataupon golongan muda segala pengalaman: sama ada yang baik ataupon buruk supaya pengalaman-pengalaman itu dapat dijadikan tauladan dan pengajaran.

TIP 2 : Latih golongan muda supaya menyuarakan pandangan Hargai pandangan mereka.

TIP 3 : Bantu golongan muda membina padangan dengan lebih baik.





Terima Kasih Sudi Baca,


With Love,












0 Comments

Sayang Saya

Love