Tips Hilangkan Stres/ Tips Hilangkan Tekanan
Assalamualaikum..
Tips Hilangkan Stres/ Tips Hilangkan Tekanan
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Selain itu kita juga akan diangkat darjat dan dicintai Allah.Para pelajar misalnya, disarankan agar apa yang dibaca kan mudah diingati.
Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. "Dan pada sebahagian malam dirikanlah solat sebagai solat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu akan meletakkan engkau di suatu tempat yang terpuji." (Surah al-Israk : 79)
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Yakinlah yang ianya adalah kesilapan dari kita sendiri. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa bersama rakan pergi beriadah. Ikatan persahabatan juga akan bertambah erat dan kukuh. Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahanhati kita dengan menuliskan ketidakpuasa hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba
menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "luaran lain hati lain"ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah
tidak menunjukkan permasalahanmereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. Petikan kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah: Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat. Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu Anda kena berlatih mengawal perbuatan Anda dan mengawal percakapan Anda. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap. Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila Anda bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan Anda dikawal oleh emosi. Anda akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila Anda selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang blur atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai Anda, bukan Anda yang menguasai emosi. Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan. Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya. Jika sebelum ni Anda orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya Anda merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam situasi memahami dan menyintai orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang terbaik. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Senyuman itu umpama pemakai wangian yang bukan hanya si pemakainya sahaja yang harum, namun keharuman itu turut dirasai orang sekitarnya. Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan jasmani dan rohani. Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.
Sumber Masjid Al Mukarramah
Witing By :: Miss Nadya
1 Comments