Piala Malaysia 2011

Assalamualaikum...


Mesti lah nad sokong Negeri Kelahiran nad tapi sebenarnya nad dapat agak malam ini Piala Malaysia di menangi oleh Terengganu. Kenapa?? jangan tanya kenapa kita tengok malam ni je okay.
 Tahniah Negeri Sembilan kerana memenangi Piala Malaysia 2011..
Okay,memang nad sokong Negeri Sembilan tapi sebenarnya nad bajet Terengganu menang di entry semalam

Tak salah lah dalam ic nad -05- di tengah-tengah. Jom nad cerita kisah nad masa tengok bola semalam.
Masa nad tengok bola semalam nad pasang tv kuat-kuat tiba-tiba mak jerit dari dapur..

Mak :: woi,ni rumah.. bukan stadium..
Nad :: hehe,lek r mak.. dah lah nadia tak dapat pergi stadium tu.
Mak :: dia buat kat mana tu??
Nad :: kat Stadium Shah Alam jer....ermmmm mak sokong mana yer??
Mak :: mak sokong Negeri Sembilan..
Nad :: nadia nak sokong dua-dua boleh tak mak??
Mak :: mana boleh,ko pilih salah satu jer..
Nad :: ok..nadia pilih sapa yang menang jer lah..hehe..
Mak :: tak payah lah, mak sokong Negeri Sembilan ko pilih lah Terengganu. Ganu Kiter(sambil nyanyi)..
Nad :: tak mau lah..Nadia lahir kat Negeri Sembilan. Negeri nadia jugak tu..
Mak :: suka hati ko lah..


Separuh masa pertama sudah berlalu. Tiada sebarang gol dari kedua-dua belah pihak. Hangin betol, Terus nad bukak buku sudoku.. Argh main sudoku lagi bagus.

Okay,dah start.. Mak pon duduk sebelah nad..

Nad :: hampeh betol, satu pon tak masuk.
Mak :: mak nak tengok lah kejap, dah 1 gol mak nak pergi tido.
Nad :: ye lah..

Tiba-tiba Terengganu menjaringkan gol tanpa nad sedari. Hah??(dalam keadaan muka hampa).
Tak syok lah, baik main sudoku ni sampai habis. Mak berlalu masuk bilik terus tido..

Tengah syok main sudoku tiba-tiba.. Gol......

Eh,Negeri Sembilan dah gol. Apasal lah aku boleh terlepas ni?? Nad cakap sorang-sorang.. Tah minit keberapa Negeri Sembilan jaringkan gol lagi.

Ini,Terengganu tak leh kejar dah ni. Tunggu punya tunggu.. Wisel berbunyi.. Tetttttt TAMAT...

Perlawanan ini di batalkan..muahaha....Perlawanan ini dimenangi oleh Negeri Sembilan..

Message antara nad dengan En.Boyfie pulak...

Nad :: Yes..piala Malaysia jatuh kepada Negeri Sembilan..tak salahlah dalam ic sy 05
En.Boyfie :: Nak makan nasi pon tak selera..

Do you miss the carefree, good old happy days?

8 Comments

Sayang Saya

Love