Tips Untuk Dapatkan Buffered Earning BE

Assalamualaikum..

Salam sejahtera semua. Tadi nad keluarkan entry Buffered Earning melekat lagi bulan ini. Nad nak kongsikan apa yang nad dah belajar dari blogger lain. Sebab tadi Minah Ngok nGek tanya macam mana nak dapatkan BE dan macam mana nak tahu kita dapat BE

Nad letak iklan Nuffnang dalam blog nad ni adalah 6 bulan. Nad dah dapat 6 BE. 3 dah menjadi raksasa ME(Metered Earning). 3 BE lagi masih running dekat blog nad ni. ^_*

Tips Untuk Dapatkan Buffered Earning (BE)

1. Update Bloger Bio Dan Blogger Survey


Nampak tak gambar kat atas tu? Kalau tak nampak sila klik untuk tumbesaran padu meningkat-ningkat. Korang kene la rajin update Blogger Bio dengan Blogger survey tu sebab bila pengiklan tengok korang rajin update blogger bio tu, baru lah dorang berminat dan yakin letak iklan dorang kat blog korang tu. Lagi satu,kalau korang update blogger bio dan blogger survey tu biarlah panjang macam karang BM/BI. Pasti dorang lagi suka.

2. Letak coding iklan nuffnang tu betul-betul.

Skyscrapper (SS) :: Diletakkan di atas sekali di bahagian sidebar. Jangan letak bawah sebab takut orang lain tak nampak. 
Leaderboard (LB) :: Diletakkan di atas header atau di bawah header. Pastikan orang nampak iklan tu bila orang masuk blog kita.
Large Rectangle (LR) :: Diletakkan di antara entry anda atau di bawah setiap entry baru anda.

3. Status Percintaan Nuffnang Anda.

Pastikan status anda Glitterati macam nad dalam gambar di atas. Macam mana nak dapatkan status tu, senang je. Setia dengan nuffnang je. Jangan nak bercinta dengan letak iklan dari pengiklanan lain contohnya dari advertlets ke, google ads ke. Tapi,kalau korang ketak iklan churp churp tu tak da masalah.

4. Unique Visitor (UV)

Pastikan blog korang sentiasa ada UV(Unique Visitor) . UV blog nad pernah minima 50++ tapi masih boleh dapat BE. Kalau blog korang tak da UV, Blog berjalan walking lah. Kalau tak faham boleh baca entry ini Tips Untuk Tingkatkan Traffic Blog.

5. Tulis betul-betul

Yang ni penting untuk korang. Kalau tulis entry tu jangan lah guna short form sangat okay. Contohnya macam :: smlm ak kua g tgok wyg. Fuh cte dia mmg syok habis. Korg dh tngok lom cte tu??
Kenapa jangan buat short form? Sebab pengiklan ni kadang-kadang nak tengok kita ni buat blog serius atau main-main. Kalau korang serius maknanya tulisan kene la buat betul-betul.

6. Blog Tampil Kemas (Template & Isi)

Yang ni nad dah pernah pertikaikan dalan entry Tips Pujuk Orang Follow Blog Kita. Selalunya first kita masuk blog dia mestilah kita tengok sekali imbas. Betul tak?? First time dia masuk blog kita dia suka. Pasti dia datang lagi kan.

7. Entry anda 

Yang ni harus korang amalkan. Jangan asyik copy paste entry orang lain. Keaslian dari korang itu amat penting. Kalau kita tiru pon tolong creditkan kepada tuannya. Tu je.


8.Hantar surat cinta ticket pertanyaan kat nuffnang.

Tanya lah dorang kenapa blog korang tu tak pernah dapat BE. Sebab blog saya berhantu ke?? hehe. contoh je. Jangan tanya macam tu betul-betul pulak. 
Setakat ni, tu je yang nad amalkan. Semoga korang berjaya. Amin.^_*

Macam mana nak tahu kita dapat BE ye??
Ini adalah BE. Dia di bawah kotak Buffered Earning.


Yang ni pulak ME(Metered Earning) . Bende ni muncul setelah BE menjadi raksasa ME.^_*

Campaigns ini adalah campaigns harian biasa di blog kita, lepas tu ada orang klik iklan di blog kita.




31 Comments

Sayang Saya

Love