Injection Untuk Penyakit Kurap
Assalamualaikum..
Berat 900gram je..^_*
8/11/2011 nad terjumpa kucing ni di ofis nad di entry Dapat Baby Baru. Pada mulanya nak nama kan dia baby sebab dia comel tapi mak bagi nama kecik sebab suara dia nyaring macam nad jugak.^_*
5/12/2011 hari tu nad dah bawah pergi klinik jugak tapi akak tu suruh buat ulangan dalam 3 kali. Jadi gambar kali ni adalah temujanji dengan doktor pada 12/12/2011.
Sebab tu nad tak dapat nak update blog..^_*
Baru-baru ni dia kena kurap di bahagian telinga,kuku dan kaki dia. Nad pon pergi Klinik Veterinar Bera,Pahang.
Nad dengan Emy pergi sekali sebab kucing dia sakit mata sebelah kiri.
Tu yang hujung sana tu kucing Emy nama Manja(Jantan) dan Kecik(Betina). Suka tampar Kecik sebab dia tak biasa ada kawan. Kesian kecik kena tampar dengan Manja masa kat Klinik..T_T
Pada mulanya Kecik tak takut lagi sampai dia main pen doktor tu.
Tiba masa doktor nak buat Injection untuk Manja kerana Manja tak sakit apa pun cuma kurang Vitamin je.
Manja tak menangis pon kene inject ..
Emy hanya rakam Kecik masa kene inject. Korang nak tengok jugak??
Jadi ini adalaha video dia menangis...T_T
Kesian nad tengok sebab dia menangis macam tu. Nad pulak terpaksa pegang kuat-kuat sebab takut dia cakar tangan nad..
Kurap kecik dah semakin ok. Nad ada beli Vitamin harga RM5 dalam bekas kecil. Selera sangat Kecik makan Vitamin tu.
Video di bawah ini adalah kenangan di mana kucing betina Nad si Molly dah hilang dari rumah. MUngkin dah mati.
12 Comments