Assalamualaikum..
Gambar nad salam dengan Maya Karin
Review Ombak Rindu Di sini.
Nad rasa tak perlu nad beritahu yang cerita Ombak Rindu ni memang best lagi kan sebab cerita ni memang syok habis..nad bagi rate 9/10 okay untuk Ombak rindu ni.
Sabtu(10/09/2011) yang lepas nad pergi ke Melaka dan sebelum tu nad ada buat entry Target Fan Page Mis Nadya Punyer Blog. Alhamdulillah ramai yang mendoakan keselamatan pergi dan balik nad. Telah nad buat entry di Selamat Sampai Dari Melaka
Pada mulanya semua yang join Program Rakan Muda Inovasi 2011 tak nak tengok cerita Ombak Rindu ni sebab kan cerita jiwang tapi kerana terpaksa diorang kene tengok jugak. Tiket wayang hanya RM10 seorang dan kami kumpul duit sebanyak RM210 untuk 21 orang. Kitorang semua dapat seat depan kerana seat dah penuh.
Amacam panjang tak tiket kami??Thanks Emy Buchuk sebab sudi jadi model..^_*
Tak dinafikan pada mulanya nad rasa cerita ni biasa je sebab adaptadi dari Novel Ombak Rindu dimana novel tu nad dah baca. Tetapi dah ada di GSC,Dataran Pahlawan hari tu baik tengok wayang kan?
Jom lah baca Review Ombak Rindu dahulu sebelum korang marah sebab tiada di entry ini..^_*
Kalau kawan-kawan nak tahu nad menangis teresak-esak tau. Nad dapat message En.Boyfie je mengatakan yang nad tengah menangis tengok cerita tu. Cerita selama 2 jam lebih tu habis dalam pukul 9.30 tak silap. Tiba-tiba ada kejutan mengatakan Maya Karin berada dalam panggung tu menonton bersama kami.
Tak sangka Maya Karin seorang je sepatutnya Aaron Aziz, Lisa Surihani Dan Bront Palare ada di situ tapi Maya Karin Seorang je yang ada. Maya Karin bawa buah tangan dari Kuala Lumpur iaitu beberapa T-Shirt dan juga buku Novel Ombak Rindu.
3 kali nad berusaha menjawab soalan dari Maya Karin tu tahu tak tapi dia nampak orang belakang je. Putus asa jugak masa tu sebab tak dapat jawab apa-apa. Tiba-tiba Maya Karin bagi soalan siapa nama kucing Izzah. Nad dengan pantas menjerit COMEL!! sambil berdiri dan duduk balik. Maya Karin pon terperasan dekat nad nad telah bagi Novel Ombak Rindu tu dekat nad. seperti gambar di bawah.
muka ceria dapat buku walaupon mata agak bengkak sikit sebab lepas nangis..T_T
10 Comments