My Future Husband



Assalamualaikum peeps!

Peringatan untuk sahabat-sahabat yang tidak suka baca entry panjang,sila klik pangkah jerp..^^

Hah sudah Nad buat entry ini pulak..dush dush dush dush (sambil lempang pipi sendiri) .Seakan tidak percaya lah pulak..demm!
Sila play kan lagu dari Tasha Manshahar & Syed Shamim - Mr. Saxobeat (Cover)..kalau habis,replay sampai habis baca entry ni yer..:D

Sebenarnya Nad karang entry ini berdasarkan dari entry Farah Lee - Bakal Suami -
Nad bukan jenis buat entry panjang lebar macam buat karangan Bahasa Melayu. Tapi Nad rasa Nad dah lama sangat nak buat entry ini dari Nad Single - In A relationship - Single kembali, Nad harus gigih taip entry malam ni jugak untuk menutup buku cinta yang lama..

'bercinta selepas kahwin' .. Apa ingat cerita Vanilla Coklat kat tv3 setiap hari selasa tu ke?Bukan-bukan,ini bukan rekaan tetapi saja Nad nak kongsi cerita 'bercinta selepas kahwin' ..Tapi suit jugak kalau 'bercinta selepas kahwin' ni kan?

Sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar. - Entry Farah Lee -

Tiba-tiba Nad terfikir,andai Nad kahwin,adakah Nad masih akan update blog ini?
Nad cuma terfikir, bagaimana rupa dan keadaan My Future husband tu?
Nad dah banyak kali jatuh hati,patah hati, kecewa. rasa macam dah sebati dalam diri sehingga perasaan kecewa itu dilupakan macam coklat cadburry cair je..

Perasaan Nad sekarang sebiji macam dalam lagu Yuna - Penakut iaitu ::

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Nad baca pula entry Farah Lee - Kecewa Kerana Cinta -

"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.
Tapi bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta, kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina, saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.

1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..

2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.

3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.

"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"

Mungkin ini yang selalu bermain di minda anak muda mudi yang senang dikikis oleh sang Syaitan. Usah khuatir sayang, anda hanya perlu berpegang pada kata-kata kekasih Allah ini,
Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga"

Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.
AllahuAlam :)





Selepas entry ini dikeluarkan,sekiranya hati Nad masih ingin ber 'blog' Nad akan update tetapi andai satu hari nanti Nad tiada lagi ada kaitan dengan dunia blog. Nad hanya mampu memohon maaf kepada semua yang sudah baca entry ni..:)

gambar Nad photoshoot pakai baju sekolah..gambar tahun lepas..:D


Category::
Love Is Cinta

Blogger pilihan entry hari ini ::



Kakak yang rajin travel sana sini..Click banner for more info..:)

Nak masuk blogger pilihan entry jugak??
Boleh tengok entry di Sini

11 Comments

Sayang Saya

Love