Day 24 : Write About A Lesson You've Learned The Hard Way

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Welcome With Love

Amaran keras buat pembaca semua, Entry paling mengantuk untuk hari ke-24 dalam list #30DaysWritingChellenge

Jutaan terima kasih untuk AdSense yang melekat dari Cashxcess. Nadya teruja.


Gambar 3 tahun lepas. Baru habis pantang lahirkan si  Muhammad Hazim Dahin dan Nor Husniyah Darin baru berumur 2 Tahun 6 Bulan dan paling best sekali terus pergi berjalan habiskan sisa cuti bersalin.

Terasa rindu lak moment ni. T_T



Gambar pinjam dari SINI


Dalam tak sedar dah 3 tahun Nadya nadia menghadapi menyahut cabaran  sebagai isteri, ibu tunggal dan pekerja. Doakan  untuk Nadya ye guys 😉.


Dalam tempoh ini juga berbagai perkara terjadi. Samaada baik Dan juga buruk dari segala aspek. Jatuh, bangun, jatuh, bangun,jatuh Dan bangun lagi Tampa tanpa kenal apa itu erti berputus asa.



Sejujurnya Nadya memang terlalu banyak kekurangan jika nak dibandingkan kelebihan dari pandangan jika nak dengan kawan-kawan (Ibu Tunggal) yang lain tapi Nadya tetap tak lupa untuk sering motivasikan diri sendiri. Kadang-kadang tu ada jugak lalai.


Boleh juga baca entry di SINI


Terima kasih atas pelbagai nasihat dari semua rakan bagi membuatkan Nadya selalu sedar bila melakukan kesalahan . Cuma Nadya tak dapat nak ubah apa yang dah jadi di hari-karri hari-hari yang lepas dan argue dengan semua orang. Sebab setiap dugaan liku kehidupan setiap orang tak akan pernah sama. Jadi Nadya perlu belajar sabar Dan sering Bertawakal kepada Allah SWT.


Balik semula story, Nadya pernah berpisah dengan anak-anak tanpa khabar dan berita apa tah lagi bersua muka lebih kurang 8 bulan, Sebabkan perpisahan ini juga banyak yang Nadya belajar apa itu Redha bila di cemuh. Sebab Nadya tak akan pernah mampu untuk tutup mulut semua orang untuk mengata.


Sebab itu bila Nadya start menghafaz surah-surah Al-Quran seperti Al-Mulk, Ar-Rahman Dan Al-Waqiah membuat Nadya kembali kuat dan menanam Azam dalam diri Nadya. Bukan nak tunjuk alim apa tah lagi untuk riak tapi untuk Nadya sedar siapa diri Nadya sebagai hamba yang hina di muka bumi Allah SWT ini.





Kenangan terindah tahun 2019 masa Nadya mengikuti rombongan sekolah Nor Husniyah Darin dan seorang lagi tu anak saudara sebelah bekas suami Nadya yang pertama. Ketika itu Nadya dah tak pakai purdah dan niqab sebab tak mampu terus Istiqamah. Tapi timbul juga rasa rindu untuk pakai niqab dan purdah semula sekarang ni bila ada kawan tegur rindu nak tengok Nadya masa pakai purdah dan niqab dan itu membuatkan Nadya pon teringin nak pakai semula. Tengah kumpul semangat semula sekarang ni. Tolong Doakan Nadya ye 😉


Perkara paling menghayat hati Nadya bila terlewat mendapat berita tentang anak lelaki Nadya sakit sehingga dimasukkan ke hospital dan di tahan wad dengan tambah darah dalam badan. Tapi Nadya rasa mungkin dari penyakit keturunan disebelah Nadya iaitu Anemia & G6PD.











Masa dan detik ini Nadya rasa diri Nadya paling tak berguna. Ya Allah kenapa bukan Nadya je yang tanggung sakit Hazim ketika itu.


Nadya mampu panjatkan kiriman doa buat anak-anak dari jauh je dan buat sahabat yang memahami keadaan Nadya. Terima kasih masih sudi beri sokongan moral.



Coretan kecil buat hati : Buat puteriku ku Nor Husniyah Darin Binti Nazrul Hakim Dan puteraku Muhammad Hazim Dahin Bin Noramin, mama sentiasa doakan keselamatan kamu berdua. Coretan luahan hati mama siarkan di laman sesawang ini berserta Doa Al-Fatihah (Di Baca). Walaupon kamu berdua tak membaca dan mengetahui cukuplah buat mama beritakan dan katakan segenap kerinduan tak mampu terucap secara zahir. Kasih sayang Dan Cinta buat anak-anak sampai mama mati tak akan terlupus. Semoga Allah SWT permudahkan semua nya. Amin. Ya Rabbal Alamin.


Thanks sudi baca,

Love,



1 Comments

Sayang Saya

Love